THE YUMMY -MELLOW KITCHEN

Every bite will be very special and intended to remind us of the yummy-mellow things in our life.

ogyep's yummy-mellow cakes are made to order homemade cooks. So, no two are alike but all of them are bake from only the HALAL and highest quality ingredients.

So, indulge yourself in this ogyep's yummy-mellow garden kitchen. It will definitely yummy you and yet mellowing others...

THOSE WHO R BZZZ IN D KITCHEN & THOSE WHO LIKE TO PEEP

Thursday, 1 March 2012

DULANG AYAN / ENAMEL ANTIK BERTATAHKAN NASI AYAM


Mangkuk AYAN ke… Mangkuk AYUN.. ??



“Mangkuk AYUN ko…” 

Bahasa cool bebudak sekarang.
Kadang2 mak bapak bebudak pun guna juga perkataan tu..
Agaknya perkataan AYUN tu depa twist dari perkataan AYAN ya..!!

Pingga–mangkuk AYAN /ENAMEL ni dah kembali popular kini.. Tapi, di kalangan peminat barangan antik lah.. 
Harganya pun boleh tahan gak, kalau dibandingkan dengan rupanya.. Kalau tengok old stok punya.. sebelah mata pun kita tak nak pandang.

Seingat I, emak pernah menggunakan pinggan-mangkuk ayan ni.. Pertengahan 70-an, kami adik-beradik masih makan dalam pinggan ayan lagi. Maklumlah.. kami 6 orang, kalau guna pinggan kaca.. alamat kayalah towkey yang jual barang2 kaca.. Asyik beli pinggan mangkuk je la jawabnya..
Bila dah besar sikit, around 80-an… emak dah tak guna dah pinggan-mangkuk ayan ni untuk menghidang.. Masa tu, pinggan ayan ni taraf dia untuk buat lapik ubat nyamuk je..

"Apa kelas ko Maria… Pakai pinggan ayan… Tak de prestige gitu.."

Sekarang ni, zaman millennium… seribu satu, susah nak jumpa orang guna pinggan ayan.. Paling tidak pun, depa guna untuk letak makanan & minuman kucing atau anjing.. Begitu sekali ya..

Ingat tak lagi… DULU, kalau ada majlis kahwin, makcik-makcik & pakcik-pakcik merewang kat rumah pengantin. Penuh rumah dengan dulang-dulang AYAN ni… Kupas bawang, kupas kentang, potong cili….. segalanya depa letak dalam dulang ayan ni kan.. 
Pas tu, penanggah-penanggah angkat lauk-pauk untuk dihidang kat meja makan pun guna dulang AYAN… 

Sekarang ni, rasanya susah nak nampak scenario macam tu… hampir semua orang dah guna khidmat catering… hidang makanan, buffet style… banquet style.. Dah tak de seninya lagi… Dah tak pakai dah dulang ayan ni.. Paling kurang pun, depa guna Queen Anne gitu..

Si AYAN / ENAMEL semakin dilupakan..
Tak pe, hari ni ogyep nak bagi exclusive honour pada dulang AYAN..
Kita back to d future ya..

Lihatlah..

DULANG AYAN / ENAMEL ANTIK
 BERTATAHKAN NASI AYAM

   
 


 My ogyep's Homemade Nasi Ayam


RESEPI ogyep's NASI AYAM

                                     

NASI AYAM / CHICKEN RICE
Bahan-bahan :
5 cawan beras
7 cawan air rebusan ayam
8 ulas bawang merah - hiris nipis
8 ulas bawang putih - hiris nipis
3 cm halia - cincang halus
3sb butter
garam secukup rasa
1 kib ayam knorr
1 batang halia - dititik
2 helai daun pandan

Cara :
1. Sediakan air rebusan yam terdahulu.
2. Basuh beras dan toskan
3. Panaskan butter dalam periuk nasi elektrik di atas dapur biasa.
4.Tumis bawang merah + bawang putih & halia sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Jangan sampai gelap. Nanti warna nasi tak cantik.
5. Masukkan beras. Sautee beras tadi dalam tumisan bawang2 sehingga beras nampak hampir jernih
6. Masukkan serai.
7. Masukkan air rebusan ayam, kiub ayam & garam. Sesuaikan rasa.
8. Apabila menggelegak, masukkan daun pandan.
9. Alihkan periuk nasi tadi ke pot elektriknya.
10. Apabila nasi hampir kering, kacau sedikit nasi supaya rata, kerana ketika ini semua bahan tumisan akan berada di atas.
10. Biarkan nasi masak secara automatik.

AYAM
Bahan-bahan :
1. 1 ekor ayam - tak perlu dipotong, dibersihkan dan ditos.
2. 1sb 5 spices mix
3. 3 sb kicap manis cap kipas udang
4. 1/4 sk garam
5. Minyak untuk menggoreng

Cara :
1. Perap ayam dengan semua bahan. Set aside for at least 2 hours.
2. Panaskan minyak dalam periuk yang ngam2 memuatkan 1 ekor ayam. Guna api sederhana sahaja. Perlu deep fried ayam tersebut. Tak perlu diterbalik-balikkan yam cos, periuk yang ngam2 utk 1 ekor ayam akan memberi kepanasan sekata di dalam periuk.
3. Cucuk ayam dengan pisau untuk mengetahui samada ayamsudah mask. Kalau tiada darah yg keluar dan isi ayam tidak spring back, ayamdah masak.
4. Gantung ayam untuk mengeluarkan lebihan minyak dan supaya ayam segera sejuk.
5. JANGAN potong ayam ketika panas. Let d chicken betul-betul sejuk supaya isi ayam dapat set dan apabila dipotong, isi ayam tidak pecah.


CILI

Kisar Cili merah + Cili api + Bawang putih & Halia
Garam & gula secukup rasa
Sop Ayam

Quantity bawang putih adalah 1/3 qty cili. Kalau nak pedas, letak cili lebih.
Campurkan sedikit kuah sop ayam.
Didihkan seketika. Sesuaikan rasa dengan garam & gula
Kalau nak pekat, tak perlu letak kuah sop banyak-banyak.


KICAP

Sos Tiram + kicsp manis cap kipas udang + kicap masin cap kipas udang.
Garam & Gula secukup rasa.
Sop Ayam

Quantity sos tiram dan kicap adalah sama banyak.
Campurkan sedikit kuah sop ayam.
Didihkan seketika. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
Kalau nak kicap yang pekat, tak perlu letak kuah sop banyak-banyak.


SELAMAT MENCUBA.

Kalau makan berjemaah anak-beranak dalam dulang.. 
Dapat pahala.. Ikut Sunnah Nabi.











ogyep's BINGKA LABU aka BAKED PUMPKIN PUDDING

This Pumpkin Pudding or Bingka Labu was baked and photographed somewhere last two weeks.

D pumpkin was given to me by a friend who got it from her hometown's friend. It was given to me with a clear request.. "Kalau rajin, buatlah bingka... bolehlah kita kenduri bingka labu nanti". 

So, this was d result. Managed to bake 2 large Bingka Labu, which then were distributed to my GBS.

Dah sebut GBS ni.. kenalah explain kan what is GBS kan.. 
GBS is an abbreviation to my lovely Gang Bas Sekolah (Schools' Bus Gang)... We are the mother's who fetch and send our kids to/from school everyday. We meet  and chat everyday while waiting for school's dismissal. Meeting them is sort of a break after all the house-chores. Get together for a little news and laughter..





RESEPI BINGKA LABU (BAKED PUMPKIN PUDDING)

Bahan (Ingredients) :

400g labu (berat selepas dikukus dan dilecek)
2 cawan tepung gandum
2 sb tepung ubi
4 biji telor
3/4 cawan gula
2 sb butter
1/4 sk garam
1 sk esen vanilla
2 cawan fresh milk
Sedikit bijan untuk ditabur di atas bingka

Cara (Method) : (Very d easy...)
1.  Dump in all ingredients except labu ke dalam blender.
2. Blend sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan ke dalam bowl untuk disatukan dengan labu yang telah siap dikukus dan dilecek tadi.
4. Mix well.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah sedia digris dengan sedikit marjerin.
6. Spread bijan di atasnya.
6. Baked for roughly 45 min @ 160-170 degree.




Tuesday, 28 February 2012

NAK MAKAN UBI KAYU KE... NAK MAKAN NASI MINYAK...

AL-KISAH UBI KAYU DALAM BAKUL SIA BULUH ANTIK/ANTIQUE




NAK MAKAN UBI KAYU KE.. NAK MAKAN NASI MINYAK

What will be your answer if you were asked such question? 
TAPIOCA/CASSAVA or SAVOURY RICE..??
Apakah jawapan anda apabila ditanya.. 
UBI KAYU atau NASI MINYAK..??

Mengapakah perbandingan sebegitu boleh diketengahkan?  
Adakah UBI KAYU melambangkan suatu kehidupan yang menyeksakan?
Ataupun NASI MINYAK itu melambangkan kehidupan yang mewah?

Once upon a time, di zaman penjajahan Jepun.. mungkin nenek moyang kita serik dengan segala yang berkaitan dengan UBI KAYU..
Sarapan apa? Ubi kayu rebus…
Makan tengahari apa? Rebus pucuk ubi aje.. 
Makan malam apa? Hai ntah lah…  Ubi dan ubi dan ubi lagi…

Antik kah yang bernama UBI KAYU itu..?
Kalau antik, harganya tentu antik juga..
Kalau antik, pasti menjadi rebutan..
 Kalau antik, pasti berharga..
Kalau antik, pasti ada sejarahnya..

Berbalik pada NAK MAKAN UBI KAYU KE… NAK MAKAN NASI MINYAK…

Hari ini, kami makan tengahari , Masak Lomak Cili Api Pucuk Ubi dengan Tempeh.

Minum petang.. Ubi Kayu Goreng

Makan malamnya… apa lagi, ulang tayang la Masak Lomak Cili Api Pucuk Ubi dengan Tempeh.

Darurat ke..?? Tak cukup ke bekalan makanan..??  Hinggakan ubi kayu menjadi hidangan..
  
MUNGKIN TIDAKKKK

Dewasa ini, ubi kayu bukanlah lagi mencerminkan derita dan tangis.. UBI KAYU yang putih melepak, telah diwarnai dengan pelbagai warna dan rasa,  menjadi pelbagai rupa kerepek ubi kayu.. tapai ubi kayu…  bingka ubi kayu.. lepat ubi kayu.. pengat ubi kayu.. ubi kayu rebus.. talam ubi kayu… macam2 lagi. 

Blog-walking lah.. blogger2 masakan pasti mempunyai pelbagai resepi yang berkaitan dengan ubi kayu..

Malah sesetengah negara menjadikan UBI KAYU sebagai sumber pendapatan. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin.Tahukah anda, untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.
`
Nyatalah.. UBI KAYU mempunyai nilai komersil yang tersendiri.
Maka, kalau dahulu ubi kayu akan mengingatkan kita kepada zaman penjajahan Jepun.. 
Kini, masih adakah lagi yang merasakan mereka teraniaya seperti di zaman Jepun apabila menjadikan UBI KAYU sebagai juadah..

Kalaulah ADA.. KEJAM sungguh..

ATAU.. adakah tuan yang mengajukan soalan itu melambangkan ubi kayu sebagai satu-satunya makanan pilihan sekiranya berlaku masalah mendapatkan sumber makanan lain, ATAU seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, ATAU semasa darurat ATAU semasa peperangan..

Semoga kita tidak ditakutkan dengan fenomena memakan ubi kayu ya..

Tengahari tadi, blog-walking kat dapur Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan. CMG pun masak pucuk ubi juga.. tapi CMG letak kerang.
 I guna ikan bilis dan tempeh… Tempeh lagi…
Tak pe, kan ANTIK..
Bukan ke mak kata "makan tempeh, nanti jadi pandai"

Jom kita layan resepi..

UBI KAYU GORENG

1 kg ubi kayu
10 -15 ulas bawang putih (lagi banyak, lagi sedap)
¼ sk garam
Secubit kunyit

Cara :
  1. Potong ubi kayu memanjang
  2. Tumbuk kasar bawang putih.
  3. Satukan ubi kayu + bawng putih + garam + serbuk kunyit. Gaul rata.
  4. Goreng api sederhana, sehingga nampak garing.




MASAK LOMAK CILI API PUCUK UBI

Bahan :
Secekak pucuk ubi – pipih daun pucuknya 3-4 helai yang paling atas
8 biji cili api
Santan dari 1 biji kelapa
10-15 ekor ikan bilis – direndam , dibasuh dan ditoskan
Tempeh – 1 keping dipotong 10
Garam & gula secukup rasa

Cara :
  1. Rebus pucuk ubi. Tos dan perahkan air dari pucuk ubi yang direbus.
  2. Perahkan santan kelapa. Asingkan santan pekat dan santan cair.
  3. Masukkan dahulu santan cair ke dalam periuk.
  4. Tumbuk cili api. Masukkan ke dalam periuk santan cair.
  5. Tumbuk separuh dari kan bilis. Masukkan ikan bilis tumbuk dan ikan bilis belah kedalam periuk santan cair.
  6. Masak santan cair hingga naik wap. Masukkan pucuk ubi.
  7. Masukkan tempeh yang telah dipotong.
  8. Apabila sudah menggelegak, masukkan pula santan pekat. Masak sehingga menggelegak semula.








Monday, 27 February 2012

SAMBAL GORENG BERLADA ANTIK DALAM BAKUL ANTIK


Kenapa SAMBAL GORENG BERLADA ANTIK? 

Bukanlah sambal tempeh ni dah antik usianya.. Baru je siap dimasak..
Cumanya.. tempeh, kacang tanah & ikan bilis ni macam dah sinonim dengan orang Melayu or shall I say orang Malaysia.

In other words,  Sejak dahulu lagi..

Kalau dulu orang kata, orang Jawa aje yang makan tempeh.. Tapi, sekarang ni orang Jepun pun makan tempeh.. Worlwide gitu.. 
Namanya je glamour sikit.. Fermented Soybeans

A little bit introduction of Tempeh or Fermented Soybeans. Tempeh is originally from Indonesia. It is made from cooked and slightly fermented soybeans. It looks like is a patty formed veggie burger. It has a textured and nutty flavour. Tempeh is  very high in protein and calcium.

Kata emak, makan tempe banyak2... nanti jadi pandai & kulit pun cantik. 
As for me, it is very subjective.. Betul tak? Secara saintifiknya, tidak dinafikan... kacang soya memanglah kaya dengan protin dan kalsium.. HEALTHY FOOD.. 


 Goreng Berlada Tempeh, Bilis & Kacang Tanah

Back to ANTIQUE.. 
Saje2 aje nak laramkan goreng berlada ni dengan Bakul  Sia Antik Baba & Nyonya ni.. Manalah tahu, kot ada yang terpaut hati pulak.. 

Bakul Sia Baba & Nyonya milik I ni, memang dah berusia.. Appearance dah kurang sikit.. Al-maklumlah, barang lama.
Tapi kan, ... apa dipandang kepada rupa..???

It was made of bamboo, wood and covered with leather.
Very popular among d Malaccarians.
Bakul Sia Baba & Nyonya could be in 1tier, 2 tiers and up to 3 tiers.

During those time, it was custom made.. The size, design and look shall depend on d purpose and usage.. as per d owner preference.


1 tier Bakul Sia Antik Baba & Nyonya


 "Nak dibawa ke mana tu?"

ogyep's ASSORTED MUFFINS

MUFFINS AGAIN..

Order from Kak Hajar of USJ.

Kak Hajar merancang untuk ke Kuantan, Pahang bagi menolong sahabat baik keluarganya berpindah ke sana pada hujung minggu yang lepas. Muffin-muffin ini dijangka akan menjadi buah tangan dan hidangan untuk mereka di sana.

 Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.. 
InshaAllah.. Amin..

 Blueberry Muffin

 Cranberry Muffin

 Chocolate Chip & Nutty Chocolate

Assorted Muffins


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...