Jemput makan... Ada jemput-jemput pisang je.. Baru bawak keluar dari gobok..
Nama glamour : Jemput-jemput pisang
Nama yang antik lagi klasik : Cekodok pisang aka Cucur Kodok Pisang
Nak cerita sedikit pengalaman ogyep berkenaan cekodok pisang ni.. Takkan ku lupa, menjadi kenangan seumur hidup, InshaAllah.
It was like 16 years back, masa tu baru berkahwin dengan suami. Ketika itu, arwah ibu mertua tinggal bersama kami.. Arwah ibu mertua terkenal sebagai seorang yang pakar dalam masakan. Air tangannya begitu magis.. semuanya menjadi.. semuanya sedap..
ogyep pula, pada ketika itu.. bukanlah tak pandai memasak.. pandai... hehehehe..
Akan tetapi, ilmu ogyep ketika itu, cuma terhad kepada apa yang diajar oleh my everlasting Sifu (my own mom).. Ya lah kan.. masa tu, x de internet nak bertenet or goblok gitu..
So, nak jadi cerita.. Suatu petang tu, ogyep telah diuji oleh arwah Ibu Mertuaku.. Disuruhnya buat cekodok pisang. Dengar je cekodok pisang, hati dah jadi kembang.. senang gilasss tu, ogyep selalu buat untuk abah dan keluarga kat rumah, masa anak dara.. mesti pas punya.. apa kes.. cekodok pisang je..
Maka, bertungkus-lumuslah ogyep di dapur.. menggoreng cekodok pisang.. Bila dah siap tu, dengan besor hati... dihidangkanlah cekodok pisang tu..
"Kenapa cekodok kamu ni besar2... macam2 saiz ada.." kata ibu mertuaku, tidak berkenan gitu..
Alamakkk.. malunya masa tu.. Tak tau nak letak muka kat mana..
Right after that, arwah emak terus ajak ogyep gi dapur. Di bancuhnya sekali lagi adunan cekodok pisang tu.. Dan diajar olehnya cara menggoreng cekodok pisang yang betul.. Bercelotehlah orang tua tu sepanjang menggoreng..
Menurut ibumertuaku.. cekodok pisang dipanggil juga jemput2 pisang.
Kenapa..
Sebab, semasa menggoreng, kita menjemput adunan tepung tadi dengan jari, sedikit-sedikit..
Tekniknya..
Jari mesti dicelup dalam air sebelum menjemput adunan tersebut, supaya adunan senang dijatuhkan di dalam kuali..
Masukkan beberapa jemput adunan ke dalam kuali, kemudian dengan menggunakan sudip, golek-golekkan jejemput tadi supaya ia licin dan bulat macam bola..
Barulah jejemput tadi cantik dan masak rata..
Barulah orang tengok pun berkenan.. dan punya keinginan nak rasa..
So, morale of d story is..
Mulai detik dan saat itu, ogyep terus mengamalkan teknik menggoreng jemput-jemput pisang tadi seperti yang diajar oleh arwah Ibu Mertua ku.. Tidaklah lagi ogyep berani menggunakan sudu (sudu besar pulak tu) untuk menjemput jejemput pisang ke dalam kuali..
Kan cantik macam tu... bulat dan comel gitu..
Nak kena tulis gak ke resepi cekodok pisang ni? Tak yah lah ya.. Biar kome pulak kena gelak dengan mak mertua kome ya..
Jangan mare ha.. Nanti kena jual..
huhuhu... sadisnya.. cekodok pisang punya penangan.
ReplyDeleteAnonymous, TQ for your frequent visit & support
ReplyDeleteBtul tu, klakar tpi itu prngajaran tau... sedap jemput2 tu.
ReplyDelete