MASIHKAH KAU INGAT.. (macam dalam Klasik Nasional je..)
Masihkah kau ingat... Apakah masakan pertama yang dipelajari selama berkecimpung dalam dunia masakan?
ogyep adalah anak ke tiga daripada 6 orang adik beradik.. Tetapi, merupakan anak perempuan yang sulung di dalam keluarga...
Suatu ketika.. ogyep merasakan begitu sukar menjadi anak perempuan sulung.. Terpaksa menjadi orang kanan emak di dalam segala hal.
Memasak... Mengemas... Menjahit.. dan segala macam Me...
Selepas seketika.. merasa bertuah dan beruntung pulak menjadi anak perempuan sulung.
Dek kerana menjadi orang kanan, segala urusan rumahtangga.. bukanlah suatu perkara yang susah buat ogyep.. Semuanya senang, semuanya mudah..
Bak kata orang tu, tutup mata pun boleh buat..
Mula menjinakkan diri dalam urusan dapur, ketika di Tingkatan 3. Masa tu, kami sekeluarga berpindah dari Kuala Lumpur ke Semenyih, selepas Abah pencen Askar. Di Semenyih, tak de gang nak meronda dan melepak... Jadi, masa lapang selepas sekolah dan masa cuti, dipenuhkan dengan urusan rumahtangga.
IKAN MASAK TAUCU..
adalah resepi pertama yang ogyep masak sendiri..
Kata Emak, "senang je... main campak-campak je.. dah siap"
Betul lah.. Main campak-campak je, dah siap.. Sedap lagi..
Kebetulan, masak taucu adalah masakan kegemaran Hubby..
Malang sikit, anak-anak tak berapa suka. Kalau depa nak makan pun, kena guna Ikan Tenggiri ke.. Bawal ke... baru jalan.
Memilih betul anak2 kat rumah ni.
So, inilah dia Ikan Tenggiri Masak Taucu yang dilaramkan dengan
Pinggan Belanda Antique & Oriental Ceramic Antique (OC)
Wah.. Kelas Kau Maria..
OC tu collection milik Emak.. tapi, ogyep mintak from Emak cos Emak dah tak guna lagi..
As sharing is caring, let us share d recipe ya...
IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU
Bahan-bahan :
2 keping Ikan Tenggiri - digaul garam & kunyit. Digoreng & put aside
3 sb taucu kasar (i guna cap Tamin)
2 biji bawang besar (lagi banyak bawang lagi manis) - dihiris bulat
3 biji bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris memanjang nipis
1/2 cawan air
4 cili hijau - dibelah 2
Gula & garam secukup rasa
1 sb kicap manis cap Kipas Udang
Cara :
1. Tumis semua bahan hiris sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan taucu.
3. Masukkan kicap manis.
4. Masukkan air. Bring to boil. + garam & gula secukup rasa
5. Masukkan ikan yang telah digoreng & cili hijau.
6. Bring to boil again.
Wallaaa.... Quick & Simple... YET, very tempting..
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Akhirnya.. penantian berakhir.. Tak ingat la ogyep..
ReplyDeleteOK so I had to use the translator today! Not sure if we have bean paste but this looks very good to me. Diane
ReplyDeleteYes, my Dear... you got to use d translator..
DeleteWill do d English translation ASAP also
Deletedone follow ogyep..pinggan antik tempat lauk ikan tuh mmg canteekkk sbb masa kecik2 dulu pon sya sempat guna pinggan cam tu,design sebijik..makk aaiii..menggamit kenangan tul
ReplyDeleteAyat tu yang nak dengar tu... "Menggamit kenangan".. Tq Tq..
Delete