Antik lagi klasik..
Agak2 kenal tak pada gobok kayu ni.. Klasik dan antik kan..
Kalau klasik lagi antik, maksudnya.. penggunaannya popular di 'suatu ketika
dahulu..'
Kalalu tak de yang lama takkan ada yang baru.. Suatu ketika
dahulu, emak simpan makanan di dalam gobok kayu ni.. Makanan di simpan di dalam
gobok ni supaya makanan tidak dihinggap lalat atau apa-apa jua anasir2 yang
boleh merosakkan makanan.. ataupun supaya
meja makan sentiasa lapang dan bersih..
'Suatu ketika dahulu…' Sekali-sekala akan terdengarlah kat
cuping telinga ni, leteran emak.. “dah makan tu, tak reti-reti ke nak simpan
balik lauk-lauk tu dalam gobok… jangan pandai makan je.. bla..bla..”
Kekadang tu, dek kerana peggunaan yang teramat intensif,
jarring-jaring hijau tu akan sedikit terkoyak atau tertanggal. Namun, guna
tetap guna.. sehingga ke penghujung nyawa gobok tu kalau boleh..
Kini, memiliki gobok kayu ini.. bukan lagi satu senario
biasa… apatah lagi pada mereka yang hidup di kota. Waktu pertama kali, suami
membawa pulang gobok kayu ni ke rumah.. 2 years back, ogyep sedikit skeptic ..
bukan apa, macam dah tak berapa nak praktikal sangat apabila diletakkan di antara kabinet-kabinet
dapur yang sedikit moden.
Anak2 lagilah…. langsung tak pernah kenal akan gobok kayu
ini.. Apatah lagi mengetahui akan kegunaannya “Eeee.. almari apa ni papa?”
Dengan bangganya, papa mereka menjawab “Inilah dia gobok
ajaib… Kalau rasa lapar, bukak je gobok ajaib ni, mesti ada makanan kat dalam
ni..”
So, hingga ke tarikh ini, ogyep masih menggunakan gobok ajaib ini sebagai tempat untuk menyimpan makanan..
Jujur, ogyep menghargai kehadiran gobok ajaib ini ke dalam keluarga.. Setidak-tidaknya, anak2 dapat menambah ilmu sedikit tentang 'suatu ketika dahulu..'
Walaupun kedudukannya di dapurku yang sedikit kecil, agak memakan ruang..
Terima kasih wahai suamiku, kerana mengembalikan nostalgia 'Suatu ketika dahulu..'
So, pintu gobok pun dah terbuka.. Jap lagi kita tengok pulak apa yang ada dalam gobok ya..
SURPRISE...
I tak pernah gunalah gobok kayu ni.
ReplyDelete