AL-KISAH UBI KAYU DALAM BAKUL SIA BULUH ANTIK/ANTIQUE
NAK MAKAN UBI KAYU KE.. NAK MAKAN NASI MINYAK
What will be your answer if you were asked such
question?
TAPIOCA/CASSAVA or SAVOURY RICE..??
Apakah jawapan anda apabila ditanya..
UBI KAYU atau NASI
MINYAK..??
Mengapakah perbandingan sebegitu boleh diketengahkan?
Adakah UBI KAYU melambangkan suatu kehidupan yang
menyeksakan?
Ataupun NASI MINYAK itu melambangkan kehidupan yang mewah?
Once upon a time, di zaman penjajahan Jepun.. mungkin nenek
moyang kita serik dengan segala yang berkaitan dengan UBI KAYU..
Sarapan apa? Ubi kayu rebus…
Makan tengahari apa? Rebus pucuk ubi aje..
Makan malam apa? Hai ntah lah… Ubi dan ubi dan ubi lagi…
Antik kah yang bernama UBI KAYU itu..?
Kalau antik, harganya tentu antik juga..
Kalau antik, pasti menjadi rebutan..
Kalau antik, pasti
berharga..
Kalau antik, pasti ada sejarahnya..
Berbalik pada NAK MAKAN UBI KAYU KE… NAK MAKAN NASI MINYAK…
Hari ini, kami makan tengahari , Masak Lomak Cili Api Pucuk
Ubi dengan Tempeh.
Minum petang.. Ubi Kayu Goreng
Makan malamnya… apa lagi, ulang tayang la Masak Lomak Cili
Api Pucuk Ubi dengan Tempeh.
Darurat ke..?? Tak cukup ke bekalan makanan..?? Hinggakan ubi kayu menjadi hidangan..
MUNGKIN TIDAKKKK
Dewasa ini, ubi kayu bukanlah lagi mencerminkan derita dan
tangis.. UBI KAYU yang putih melepak, telah diwarnai dengan pelbagai warna dan
rasa, menjadi pelbagai rupa kerepek ubi
kayu.. tapai ubi kayu… bingka ubi kayu..
lepat ubi kayu.. pengat ubi kayu.. ubi kayu rebus.. talam ubi kayu… macam2
lagi.
Blog-walking lah.. blogger2 masakan pasti mempunyai pelbagai resepi yang
berkaitan dengan ubi kayu..
Malah sesetengah negara menjadikan UBI KAYU sebagai sumber
pendapatan. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi.
Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi
monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika
Latin.Tahukah anda, untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang
2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.
`
Nyatalah.. UBI KAYU mempunyai nilai komersil yang
tersendiri.
Maka, kalau dahulu ubi kayu akan mengingatkan kita kepada
zaman penjajahan Jepun..
Kini, masih adakah lagi yang merasakan mereka
teraniaya seperti di zaman Jepun apabila menjadikan UBI KAYU sebagai juadah..
Kalaulah ADA.. KEJAM sungguh..
ATAU.. adakah tuan yang mengajukan soalan itu melambangkan ubi
kayu sebagai satu-satunya makanan pilihan sekiranya berlaku masalah mendapatkan
sumber makanan lain, ATAU seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, ATAU
semasa darurat ATAU semasa peperangan..
Semoga kita tidak ditakutkan dengan fenomena memakan ubi
kayu ya..
Tengahari tadi, blog-walking kat dapur Cik Mat Gebu @ Dapur
Tanpa Sempadan. CMG pun masak pucuk ubi juga.. tapi CMG letak kerang.
I guna
ikan bilis dan tempeh… Tempeh lagi…
Tak pe, kan ANTIK..
Tak pe, kan ANTIK..
Bukan ke mak kata "makan tempeh, nanti jadi pandai"
Jom kita layan resepi..
UBI KAYU GORENG
1 kg ubi kayu
10 -15 ulas bawang putih (lagi banyak, lagi sedap)
¼ sk garam
Secubit kunyit
Cara :
- Potong ubi kayu memanjang
- Tumbuk kasar bawang putih.
- Satukan ubi kayu + bawng
putih + garam + serbuk kunyit. Gaul rata.
- Goreng api sederhana,
sehingga nampak garing.
MASAK LOMAK CILI API PUCUK UBI
Bahan :
Secekak pucuk ubi – pipih daun pucuknya 3-4 helai yang
paling atas
8 biji cili api
Santan dari 1 biji kelapa
10-15 ekor ikan bilis – direndam , dibasuh dan ditoskan
Tempeh – 1 keping dipotong 10
Garam & gula secukup rasa
Cara :
- Rebus pucuk ubi. Tos dan
perahkan air dari pucuk ubi yang direbus.
- Perahkan santan kelapa.
Asingkan santan pekat dan santan cair.
- Masukkan dahulu santan
cair ke dalam periuk.
- Tumbuk cili api. Masukkan
ke dalam periuk santan cair.
- Tumbuk separuh dari kan
bilis. Masukkan ikan bilis tumbuk dan ikan bilis belah kedalam periuk
santan cair.
- Masak santan cair hingga
naik wap. Masukkan pucuk ubi.
- Masukkan tempeh yang telah
dipotong.
- Apabila sudah menggelegak,
masukkan pula santan pekat. Masak sehingga menggelegak semula.
No comments:
Post a Comment