THE YUMMY -MELLOW KITCHEN

Every bite will be very special and intended to remind us of the yummy-mellow things in our life.

ogyep's yummy-mellow cakes are made to order homemade cooks. So, no two are alike but all of them are bake from only the HALAL and highest quality ingredients.

So, indulge yourself in this ogyep's yummy-mellow garden kitchen. It will definitely yummy you and yet mellowing others...

THOSE WHO R BZZZ IN D KITCHEN & THOSE WHO LIKE TO PEEP

Thursday 1 March 2012

DULANG AYAN / ENAMEL ANTIK BERTATAHKAN NASI AYAM


Mangkuk AYAN ke… Mangkuk AYUN.. ??



“Mangkuk AYUN ko…” 

Bahasa cool bebudak sekarang.
Kadang2 mak bapak bebudak pun guna juga perkataan tu..
Agaknya perkataan AYUN tu depa twist dari perkataan AYAN ya..!!

Pingga–mangkuk AYAN /ENAMEL ni dah kembali popular kini.. Tapi, di kalangan peminat barangan antik lah.. 
Harganya pun boleh tahan gak, kalau dibandingkan dengan rupanya.. Kalau tengok old stok punya.. sebelah mata pun kita tak nak pandang.

Seingat I, emak pernah menggunakan pinggan-mangkuk ayan ni.. Pertengahan 70-an, kami adik-beradik masih makan dalam pinggan ayan lagi. Maklumlah.. kami 6 orang, kalau guna pinggan kaca.. alamat kayalah towkey yang jual barang2 kaca.. Asyik beli pinggan mangkuk je la jawabnya..
Bila dah besar sikit, around 80-an… emak dah tak guna dah pinggan-mangkuk ayan ni untuk menghidang.. Masa tu, pinggan ayan ni taraf dia untuk buat lapik ubat nyamuk je..

"Apa kelas ko Maria… Pakai pinggan ayan… Tak de prestige gitu.."

Sekarang ni, zaman millennium… seribu satu, susah nak jumpa orang guna pinggan ayan.. Paling tidak pun, depa guna untuk letak makanan & minuman kucing atau anjing.. Begitu sekali ya..

Ingat tak lagi… DULU, kalau ada majlis kahwin, makcik-makcik & pakcik-pakcik merewang kat rumah pengantin. Penuh rumah dengan dulang-dulang AYAN ni… Kupas bawang, kupas kentang, potong cili….. segalanya depa letak dalam dulang ayan ni kan.. 
Pas tu, penanggah-penanggah angkat lauk-pauk untuk dihidang kat meja makan pun guna dulang AYAN… 

Sekarang ni, rasanya susah nak nampak scenario macam tu… hampir semua orang dah guna khidmat catering… hidang makanan, buffet style… banquet style.. Dah tak de seninya lagi… Dah tak pakai dah dulang ayan ni.. Paling kurang pun, depa guna Queen Anne gitu..

Si AYAN / ENAMEL semakin dilupakan..
Tak pe, hari ni ogyep nak bagi exclusive honour pada dulang AYAN..
Kita back to d future ya..

Lihatlah..

DULANG AYAN / ENAMEL ANTIK
 BERTATAHKAN NASI AYAM

   
 


 My ogyep's Homemade Nasi Ayam


RESEPI ogyep's NASI AYAM

                                     

NASI AYAM / CHICKEN RICE
Bahan-bahan :
5 cawan beras
7 cawan air rebusan ayam
8 ulas bawang merah - hiris nipis
8 ulas bawang putih - hiris nipis
3 cm halia - cincang halus
3sb butter
garam secukup rasa
1 kib ayam knorr
1 batang halia - dititik
2 helai daun pandan

Cara :
1. Sediakan air rebusan yam terdahulu.
2. Basuh beras dan toskan
3. Panaskan butter dalam periuk nasi elektrik di atas dapur biasa.
4.Tumis bawang merah + bawang putih & halia sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Jangan sampai gelap. Nanti warna nasi tak cantik.
5. Masukkan beras. Sautee beras tadi dalam tumisan bawang2 sehingga beras nampak hampir jernih
6. Masukkan serai.
7. Masukkan air rebusan ayam, kiub ayam & garam. Sesuaikan rasa.
8. Apabila menggelegak, masukkan daun pandan.
9. Alihkan periuk nasi tadi ke pot elektriknya.
10. Apabila nasi hampir kering, kacau sedikit nasi supaya rata, kerana ketika ini semua bahan tumisan akan berada di atas.
10. Biarkan nasi masak secara automatik.

AYAM
Bahan-bahan :
1. 1 ekor ayam - tak perlu dipotong, dibersihkan dan ditos.
2. 1sb 5 spices mix
3. 3 sb kicap manis cap kipas udang
4. 1/4 sk garam
5. Minyak untuk menggoreng

Cara :
1. Perap ayam dengan semua bahan. Set aside for at least 2 hours.
2. Panaskan minyak dalam periuk yang ngam2 memuatkan 1 ekor ayam. Guna api sederhana sahaja. Perlu deep fried ayam tersebut. Tak perlu diterbalik-balikkan yam cos, periuk yang ngam2 utk 1 ekor ayam akan memberi kepanasan sekata di dalam periuk.
3. Cucuk ayam dengan pisau untuk mengetahui samada ayamsudah mask. Kalau tiada darah yg keluar dan isi ayam tidak spring back, ayamdah masak.
4. Gantung ayam untuk mengeluarkan lebihan minyak dan supaya ayam segera sejuk.
5. JANGAN potong ayam ketika panas. Let d chicken betul-betul sejuk supaya isi ayam dapat set dan apabila dipotong, isi ayam tidak pecah.


CILI

Kisar Cili merah + Cili api + Bawang putih & Halia
Garam & gula secukup rasa
Sop Ayam

Quantity bawang putih adalah 1/3 qty cili. Kalau nak pedas, letak cili lebih.
Campurkan sedikit kuah sop ayam.
Didihkan seketika. Sesuaikan rasa dengan garam & gula
Kalau nak pekat, tak perlu letak kuah sop banyak-banyak.


KICAP

Sos Tiram + kicsp manis cap kipas udang + kicap masin cap kipas udang.
Garam & Gula secukup rasa.
Sop Ayam

Quantity sos tiram dan kicap adalah sama banyak.
Campurkan sedikit kuah sop ayam.
Didihkan seketika. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
Kalau nak kicap yang pekat, tak perlu letak kuah sop banyak-banyak.


SELAMAT MENCUBA.

Kalau makan berjemaah anak-beranak dalam dulang.. 
Dapat pahala.. Ikut Sunnah Nabi.











1 comment:

  1. klasiknya dulang! =)

    kak, jemput datang blog CW.

    http://dapurcikwan.blogspot.com/
    http://wanmardziyyah.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...