THE YUMMY -MELLOW KITCHEN

Every bite will be very special and intended to remind us of the yummy-mellow things in our life.

ogyep's yummy-mellow cakes are made to order homemade cooks. So, no two are alike but all of them are bake from only the HALAL and highest quality ingredients.

So, indulge yourself in this ogyep's yummy-mellow garden kitchen. It will definitely yummy you and yet mellowing others...

THOSE WHO R BZZZ IN D KITCHEN & THOSE WHO LIKE TO PEEP

Tuesday 13 March 2012

'SUATU KETIKA DAHULU..' GOBOK KAYU ANTIK


Antik lagi klasik..


Agak2 kenal tak pada gobok kayu ni.. Klasik dan antik kan.. Kalau klasik lagi antik, maksudnya.. penggunaannya popular di 'suatu ketika dahulu..'

Kalalu tak de yang lama takkan ada yang baru.. Suatu ketika dahulu, emak simpan makanan di dalam gobok kayu ni.. Makanan di simpan di dalam gobok ni supaya makanan tidak dihinggap lalat atau apa-apa jua anasir2 yang boleh merosakkan makanan.. ataupun supaya  meja makan sentiasa lapang dan bersih..

'Suatu ketika dahulu…' Sekali-sekala akan terdengarlah kat cuping telinga ni, leteran emak.. “dah makan tu, tak reti-reti ke nak simpan balik lauk-lauk tu dalam gobok… jangan pandai makan je.. bla..bla..”

Kekadang tu, dek kerana peggunaan yang teramat intensif, jarring-jaring hijau tu akan sedikit terkoyak atau tertanggal. Namun, guna tetap guna.. sehingga ke penghujung nyawa gobok tu kalau boleh..

Kini, memiliki gobok kayu ini.. bukan lagi satu senario biasa… apatah lagi pada mereka yang hidup di kota. Waktu pertama kali, suami membawa pulang gobok kayu ni ke rumah.. 2 years back, ogyep sedikit skeptic .. bukan apa, macam dah tak berapa nak praktikal sangat  apabila diletakkan di antara kabinet-kabinet dapur yang sedikit moden.

Anak2 lagilah…. langsung tak pernah kenal akan gobok kayu ini.. Apatah lagi mengetahui akan kegunaannya “Eeee.. almari apa ni papa?”

Dengan bangganya, papa mereka menjawab “Inilah dia gobok ajaib… Kalau rasa lapar, bukak je gobok ajaib ni, mesti ada makanan kat dalam ni..”





So, hingga ke tarikh ini, ogyep masih menggunakan gobok ajaib ini sebagai tempat untuk menyimpan makanan.. 

 Jujur, ogyep menghargai kehadiran gobok ajaib ini ke dalam keluarga.. Setidak-tidaknya, anak2 dapat menambah ilmu sedikit tentang 'suatu ketika dahulu..'
  
Walaupun kedudukannya di dapurku yang sedikit kecil, agak memakan ruang.. 
Terima kasih wahai suamiku, kerana mengembalikan nostalgia  'Suatu ketika dahulu..'

So, pintu gobok pun dah terbuka.. Jap lagi kita tengok pulak apa yang ada dalam gobok ya..

SURPRISE... 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...