THE YUMMY -MELLOW KITCHEN

Every bite will be very special and intended to remind us of the yummy-mellow things in our life.

ogyep's yummy-mellow cakes are made to order homemade cooks. So, no two are alike but all of them are bake from only the HALAL and highest quality ingredients.

So, indulge yourself in this ogyep's yummy-mellow garden kitchen. It will definitely yummy you and yet mellowing others...

THOSE WHO R BZZZ IN D KITCHEN & THOSE WHO LIKE TO PEEP

Monday 5 March 2012

APA DIPANDANG PADA si BUNGA KANGKUNG ANTIK



Bunga Kangkung Di Pinggan


Apa dipandang pada bunga kangkung
Tumbuhnya liar di tepi kolam
Mekar sehari besok dah hilang
Sebelum layu sudahpun kelam

Bukan memandang kepada cantik
Pokok pangkalnya dekat dihati
Kalau sesuai dan juga antik
Ke mana mana ku cari ganti

Bunga kangkung di pinggan
Memang ANTIK dipandang


Banyaklah bunga di dalam taman
Apalah guna bunga kangkung yang usang
Molek pun tidak cantik  pun bukan
Tidak sesuai untuk dihidang

Sungguhlah puan bunga Idaman
Indah kerana kenangan silam
Bukanlah cantik di tengah pekan
Cantik terletak dalam hiasan

Bunga Kangkung di pinggan
Memang ANTIK di pandang


Bunga berseri disinar bulan
Kumbang menari dengan cahaya
Walau pelbagai bunga di pinggan
Bunga kangkung tak mungkin ditukar ganti

Sudah menjadi aturan alam
Bunga penyeri taman bahgia
Tuan memilih bukan sembarang
Yang ANTIK juga jadi pujaan


Bunga kangkung di pinggan
Memang ANTIK dipandang







Berpantun.. berlagu..  pulak kita di pagi Isnin ni..

Pernah tak dengar lagu Bunga Anggerik dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.
( Click MP3 kat atas.)


 Lepas Si Merah kahwin dengan putera Raja tu.. Dia nyanyi lagu Bunga Anggerik dengan dayang-dayang kat taman.. Memujuk si Putih yang sedang merajuk..



Lirik / Pantun Bunga Kangkung Di Pinggan tu, I gubah (gubah konon....) based on lagu Anggerik Desa tu le.. 
Lagu Asal : Bunga Anggerik (Bawang Putih Bawang Merah)
Gubahan Asal : Mustapha Osman/Norma Mam
Nyanyian : Kamariah Noor


Lepas nyanyi-nyanyi tu... kome bolehlah gi dapur masak SOTO pulak ya..


SOTO AYAM
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - asingkan bahagian isi dan bahagian tulang. Direbus.

Bahan dikisar halus :
1 packet kecil rempah sop
2 sb ketumbar
1sb jintan kasar
1sb jintan halus
1 sb lada hitam
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 cm halia
1cm lengkuas
3 batang serai

Cara :
1. Rebus ayam (tulang dan isi). Bila dah masak, put aside. Kemudian, keluarkan bahagian isi dan toskan. Carikkan isi ayam untuk garnishing at  d later part.
2. Tumiskan bahan kisar di dalam periuk, sehingga naik bau dan naik minyak.
3. Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam bahan tumis.
4. Sesuaikan rasa dengan garam & gula.
5. Masak sehingga menggelegak.



Boleh di makan bersama :
1. Mee kuning, Mee-hun, Koey Teow.
2. Nasi Impit

Garnishing :
1. Daun sop & bawang
2. Kacang goreng
3. Bawang goreng
4. Soo-Hoon goreng (Fried glass noodles) 
5. Isi ayam
6. Taugeh

                                   

Sambal Kicap :
Tumbuk bawang putih, cili api, garam & gula secukup rasa. Kemudian masukkan kicap.

                                  


Bergedil
Bahan :
6 biji kentang
100g isi ayam
1 tangkai daun sop -diricik halus
1 tangkai daun bawang -diricik halus
1sb bwang goreng
1/4 sk lada hitam - ditumbuk halus
Garam secukup rasa
1 biji telor - untuk menggoreng

Cara :
1. Potong nipis kentang dan goreng.
2. Potong nipis isi ayam, gaul dgn garam sedikit. Goreng sehingga 1/2 masak.
3. Tumbuk halus kentang dan isi ayam.
4. Di dalam bekas besar. Campurkan dengan bahan-bahan lain. Sebatikan dan bentukkan mengikut kesukaan anda.
5. Celupkan bergedil di dalam telor dan goreng.




1 comment:

  1. Wah.. Dah pandai letak lagu pulak nampaknya... Keep it up. Keep update and improve.. Congrats.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...